Untuk makluman semua, SRAI Muhammadiah Pekan Sabak menjadi tuan rumah bagi Mukhayyam tahun ini. Ianya akan dilaksanakan di ILDAS Sabak Bernam pada 8, 9 & 10 Oktober 2013 yang disertai oleh 20 orang murid unit beruniform bagi setiap 11 sekolah SRAI di negeri Selangor. Seramai 6 orang guru termasuk Guru Besar dan GPK Kokurikulum terlibat di dalam program tersebut. Walau bagaimanapun terdapat 2 orang guru yang akan menjadi jurulatih pada Mukhayyam tersebut iaitu ustaz Mohd Najib bin Ahmad Hairi dan cikgu Azamiah bt Ahmad .
No comments:
Post a Comment