SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini
telah dibuka pada bulan Januari tahun 2004. Sekolah ini adalah hasil dari
penggabungan dua buah sekolah iaitu SRA Muhammadiah Batu 40 dan SRA Integrasi
Tebuk Pulai.
Penggabungan ini perlu dilakukan
oleh JAIS kerana SRA Muhammadiah Batu 40 memerlukan bangunan baru bagi
menampung jumlah murid yang semakin bertambah disamping bangunan sekolah sedia
ada yang telah uzur. Manakala SRA Integrasi Tebuk Pulai pula perlu ditempatkan
ditapak yang baru bagi memudahkan pengurusan JAIS menyediakan prasarana yang
bersesuaian bagi mengelakkan SRA Integrasi di Daerah Sabak Bernam terus
terpinggir dalam arus pembangunan. Disamping itu juga perpindahan SRA Integrasi
Tebuk Pulai juga bermatlamatkan mencapai pertambahan murid yang memberangsangkan.
Bagi memudahkan pengurusan dan
mengelakkan masalah perbezaan maka JAIS telah menamakan sekolah ini sebagai
Sekolah Rendah Agama Integrasi Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam. Guru
Besar pertama yang bertugas di sekolah ini ialah Ustaz Basar bin Osman.
Seterusnya diikuti oleh Ustaz Hj Muhammad Ali bin Hj Manjok dan cikgu Zakiuddin bin Ahmad. Terkini, sekolah
ini telah diterajui oleh Hj Suhaimi b. Abd Jalil (PPC) bermula 01 Julai 2013 .
Sekolah ini telah dibina di atas
tanah seluas 17 ekar yang dikongsi bersama SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Kawasan
sekolah yang dikongsi ini telah di kenali sebagai Kompleks Sekolah Agama
Muhammadiah Pekan Sabak yang dulunya di namakan Batu 1 Jalan Bernam.
Sekolah ini terdiri daripada dua
buah blok bangunan tiga tingkat yang menempatkan 40 buah kelas, sebuah pejabat
pentadbiran, sebuah pusat sumber, sebuah bilik tayangan, sebuah makmal komputer,
sebuah bengkel kemahiran hidup, sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik guru,
sebuah kelas yang dijadikan bilik sains dan dua buah kelas yang dijadikan surau
untuk kegunaan murid-murid menunaikan solat dhuha dan solat zuhur .
Pada awal pembukaan sekolah ini,
jumlah gurunya adalah seramai 48 orang dan seorang pembantu tadbir telah
bertugas di sekolah ini beserta jumlah keseluruhan murid seramai 926 orang.
Gambar-gambar sekolah
Gambar-gambar sekolah
Kedai Buku Sekolah SRAIM
No comments:
Post a Comment