Assalamualaikum....
Buat semua warga SRAI Muhammadiah Pekan Sabak, Kejohanan MSSD Sabak Bernam bagi acara Badminton akan dijalankan pada hari Rabu 21 / 01 / 2015 ( L & P ) . Untuk bola baling pula akan dijalankan pada Isnin ( 26/1/2015 - P ) dan Selasa ( 27/1/2015 - Lelaki ).
Oleh yang demikian , murid-murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6 yang terlibat sedang menjalani latihan untuk kedua-dua acara.
Semoga penglibatan murid-murid SRAI dalam Kejohanan MSSD Sabak Bernam mampu menjulang nama sekolah dengan kejayaan-kejayaan yang bakal dilakar kelak. Amiiin...