Sunday, 20 October 2013

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN & KSSR 2013

Selamat menjalani peperiksaan akhir tahun untuk semua murid-murid SRA Integrasi Muhammadiah Pekan Sabak Benam bermula khamis (17 Oktober 2013) hingga Jumaat (25 Oktober 2013) . Untuk murid-murid tahun  1 hingga 3 mereka menjalani Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) . Bagi KSSR keputusan yang diperolehi adalah mengikut Standard Prestasi iaitu terdapat 6 Band.

Band 6 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali
Band 5 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji.
Band 4 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab.
Band 3 - Tahu, faham dan boleh buat.
Band 2 - Tahu dan faham .
Band 1 - Tahu .