Tuesday, 26 January 2016

MSSD BADMINTON


Assalamualaikum 
Ibu bapa / penjaga serta pengunjung blog



Tahniah kepada team Badminton Perempuan yang menjadi Naib Johan selepas kalah tipis kepada SK Doktor Abdul Latiff pagi tadi di Dewan Rakyat Sabak Bernam.

Saturday, 16 January 2016

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR





SRAI Muhammadiah Pekan Sabak akan mengadakan :

Program : Hari Kecemerlangan Pelajar
Hari : Jumaat 
Tarikh : 22 Januari 2016
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Kompleks Muhammadiah Sabak Bernam

Pada tahun lepas, Hari Kecemerlangan tidak dijalankan atas sebab-sebab tertentu dan dilaksanakan pada awal tahun ini.


Tahniah kepada murid-murid yang berjaya !! 

Semoga program berjalan dengan lancar...

Thursday, 14 January 2016

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2016





Pada hari Jumaat ( 15 Januari 2016 ) telah diadakan larian merentas desa untuk tahun 4-6. 

Walaubagaimana pun, murid tahun 1-3 juga akan merentas desa pada jarak yang dekat.

Larian telah dilepaskan oleh guru besar SRAI Muhammadiah Pekan Sabak, Ustaz Suhaimi bin Abd Jalil.

Merentas desa dilakukan pada pukul 8.30 - 10.00 pagi sahaja. Selepas itu, murid-murid akan belajar seperti biasa di dalam kelas.

Thursday, 7 January 2016

AKTIVITI TAHUN 2016

SRAI MUHAMMADIAH PEKAN SABAK



Pada tahun ini 2016 aktiviti Kokurikulum akan dijalankan setiap hari :

Hari :  Rabu
Masa : 3.30 - 5.00 petang
Murid Tahun 4, 5 dan 6


Sekolah akan menghantar peserta bagi Kejohanan Peringkat MSSD Sabak Bernam. Antara acara yang akan disertai ialah :

1- Merentas Desa  - Januari
2- Badminton - Januari
3- Memanah - Januari
4- Bola Baling - Februari
5- Ping Pong - Februari
6- Bola Sepak - April


Pada tahun ini juga akan diadakan Karnival Sukan SRAI JAIS  yang akan berlangsung pada bulan April - Daerah Gombak sebagai Tuan Rumah

Acara dipertandingkan seperti :

- Bola Jaring
- Futsal
- Badminton
- Bola Tampar
-Sepak Takraw
- Bola Baling
- Ping Pong



Moga pada tahun 2016 SRAI Muhammaadiah Pekan Sabak akan lebih cemerlang dalam bidang Kokurikulum dan Kurikulum..... 

TERIMA KASIH

TAHUN 2016


ASSALAMUALAIKUM W.B.T


SELAMAT DATANG KE SRAI MUHAMMADIAH PEKAN SABAK 
UNTUK MURID TAHUN  1  2016 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
 MURID TAHUN 2- 6


PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG AKAN DIADAKAN SELAMA 5 HARI BERMULA ISNIN HINGGA JUMAAT

HARI INI JUMAAT ( 08 JANUARI 2016 ) MERUPAKAN MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TERSEBUT. PADA WAKTU PUKUL 8.40 - 9.45 PAGI DIADAKAN SUKANEKA DAN PENYAMPAIAN HADIAH PADA PUKUL 11.40 DI SAMPING MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN DARI KEDUA-DUA KELAS .




SRAIMPS CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG

Wednesday, 8 July 2015

CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Kepada Ibu bapa / Penjaga
SRA Integrasi Muhammadiah Pekan Sabak,
45200 Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan.


CUTI SEMPENA AIDILFITRI 1436 H

SRA Integrasi Muhammadiah Pekan Sabak akan mula bercuti pada :

Hari : Rabu  ( 15/7/2015 ) hingga Selasa ( 21/7/2015 )

Murid-murid akan bersekolah kembali pada Hari Rabu ( 22/7/2015 )


SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

HARI MENANDATANGANI KAD KEMAJUAN 2015

Hari Perjumpaan dan Menandatangani Kad Kemajuan Murid bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 akan diadakan pada :

Hari : Jumaat ( 10/7/2015 )

Masa : 9.30 pg - 12.00 tengahari

Tempat : Kelas Masing-masing

Murid-murid dibenarkan balik ke rumah @ mengikuti ibu bapa / penjaga masing-masing setelah menandatangi kad kemajuan setelah berjumpa dengan guru kelas .