Kepada Ibu bapa / Penjaga
SRA Integrasi Muhammadiah Pekan Sabak,
45200 Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan.
CUTI SEMPENA AIDILFITRI 1436 H
SRA Integrasi Muhammadiah Pekan Sabak akan mula bercuti pada :
Hari : Rabu ( 15/7/2015 ) hingga Selasa ( 21/7/2015 )
Murid-murid akan bersekolah kembali pada Hari Rabu ( 22/7/2015 )
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Blog ini berkisar tentang sekolah SRA Integrasi Muhammadiah dan perkara-perkara yang berlaku di sekolah ini.
Pages
▼
Wednesday, 8 July 2015
HARI MENANDATANGANI KAD KEMAJUAN 2015
Hari Perjumpaan dan Menandatangani Kad Kemajuan Murid bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 akan diadakan pada :
Hari : Jumaat ( 10/7/2015 )
Masa : 9.30 pg - 12.00 tengahari
Tempat : Kelas Masing-masing
Murid-murid dibenarkan balik ke rumah @ mengikuti ibu bapa / penjaga masing-masing setelah menandatangi kad kemajuan setelah berjumpa dengan guru kelas .
Hari : Jumaat ( 10/7/2015 )
Masa : 9.30 pg - 12.00 tengahari
Tempat : Kelas Masing-masing
Murid-murid dibenarkan balik ke rumah @ mengikuti ibu bapa / penjaga masing-masing setelah menandatangi kad kemajuan setelah berjumpa dengan guru kelas .
Wednesday, 1 April 2015
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2016
Semua Ibu bapa /penjaga yang berminat untuk menghantar anak mereka ke SRA Integrasi
( Akademik + Agama ) boleh mendaftar anak mereka :
Pada : 1 April hingga 30 April
Masa : 8.00 pg - 4.30 ptg
Tempat : Pejabat SRAIM
Dokumen diperlukan :
i) Salinan surat beranak murid.
ii) Salinan I/C Ibu Bapa
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SABAK BERNAM 2015
Baru-baru ini, SRAIM telah menghantar 18 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam di Stadium Mini Sabak Bernam.
Alhamdulillah, seorang murid darjah 5 iaitu Nur Atiqah bt Abu Bakar telah menerima pingat perak dalam acara 100 meter (P5)..
Teruskan usaha dan meraih kejayaan dalam acara bola sepak dan memanah pula dalam bulan April ..
Monday, 2 February 2015
MSSS BADMINTON PERINGKAT NEGERI SELANGOR
SYABAS DAN TAHNIAH...
Tahniah kepada Nur Atiqah bt Abu Bakar dan Abdussyahid bin Khazinuddin yang terpilih mewakili Daerah Sabak Bernam dalam acara Badminton yang akan berlangsung pada hari Rabu ( 04/02/2015 ) hingga Sabtu ( 07/02/2015 ). Semoga mendapat kejayaan dan mengharumkan nama sekolah ..
Tahniah kepada Nur Atiqah bt Abu Bakar dan Abdussyahid bin Khazinuddin yang terpilih mewakili Daerah Sabak Bernam dalam acara Badminton yang akan berlangsung pada hari Rabu ( 04/02/2015 ) hingga Sabtu ( 07/02/2015 ). Semoga mendapat kejayaan dan mengharumkan nama sekolah ..
Friday, 16 January 2015
MSSD SABAK BERNAM BADMINTON & BOLA BALING 2015
Assalamualaikum....
Buat semua warga SRAI Muhammadiah Pekan Sabak, Kejohanan MSSD Sabak Bernam bagi acara Badminton akan dijalankan pada hari Rabu 21 / 01 / 2015 ( L & P ) . Untuk bola baling pula akan dijalankan pada Isnin ( 26/1/2015 - P ) dan Selasa ( 27/1/2015 - Lelaki ).
Oleh yang demikian , murid-murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6 yang terlibat sedang menjalani latihan untuk kedua-dua acara.
Semoga penglibatan murid-murid SRAI dalam Kejohanan MSSD Sabak Bernam mampu menjulang nama sekolah dengan kejayaan-kejayaan yang bakal dilakar kelak. Amiiin...
Tuesday, 13 January 2015
SELAMAT TAHUN BARU 2015
Assalamualaikum kepada semua Warga SRAIM Pekan Sabak..
Baru-baru ini diadakan Suai Kenal Tahun 1 dan Bayaran Buku pada :
Hari : Jumaat
Tarikh : 02 Januari 2015
Masa : 9.00 pagi
Alhamdulillah pada tahun 2015, kemasukan murid Tahun Satu amat menggalakkan dengan seramai 54 orang murid mendaftar pada hari pertama persekolahan pada 12 / 01 / 2015 ( Isnin ) .