Untuk makluman semua, SRAI Muhammadiah Pekan Sabak menjadi tuan rumah bagi Mukhayyam tahun ini. Ianya akan dilaksanakan di ILDAS Sabak Bernam pada 8, 9 & 10 Oktober 2013 yang disertai oleh 20 orang murid unit beruniform bagi setiap 11 sekolah SRAI di negeri Selangor. Seramai 6 orang guru termasuk Guru Besar dan GPK Kokurikulum terlibat di dalam program tersebut. Walau bagaimanapun terdapat 2 orang guru yang akan menjadi jurulatih pada Mukhayyam tersebut iaitu ustaz Mohd Najib bin Ahmad Hairi dan cikgu Azamiah bt Ahmad .
Blog ini berkisar tentang sekolah SRA Integrasi Muhammadiah dan perkara-perkara yang berlaku di sekolah ini.
Pages
▼
Monday, 30 September 2013
Monday, 23 September 2013
Unit Kurikulum Tahun 2013
GPK Kurikulum
Setiausaha Kurikulum
Pn. Romidah bt Mat Jamil
Setiausaha Peperiksaan
Pn. Nor Ashikin bt Abdullah
Penyelaras UPSR
Pn. Roslina b Mohamed Saif
Penyelaras Pep. Dalaman
Pn. Norafizza bt Miskon
Setiausaha Pusat Sumber
Pn. Ruhaizah bt Mokhtar
Penyelaras PSRA
Pn. Jamilah bt MastukiS/U Jadual Waktu
Pn. Azizah bt Mansor
Ketua Panitia Matematik
En A.Zulfadli b. Jamali
Ketua Panitia Khat/Imlak/Jawi
Pn. Zuraini bt Dawam
Ketua Panitia Feqah/Tau
Pn. Zainun Nafsiah bt AnuasKetua Panitia Bahasa Malaysia
Pn. Zuhana bt Sulaiman
Ketua Panitia Til/Haf/Taj
Pn. Zakiah bt Kasmuri
Ketua Panitia Pmz/ Psv/Pjk
En. Muhd Ali b. Abdul Hamid
S/U ICT / Penerbitan
En. Mohd Hanif bin Ismail
Ketua Panitia Pendidikan Islam
En. Mohd Sakikil Balkhi b. TamaduriKetua Panitia Sains
Pn. Noosmasleha bt Dol Hamid
Unit Pengurusan SRA Integrasi Muhammadiah Pekan Sabak Tahun 2013
Guru Besar
GPK Kurikulum
Pn. Ros Anizah bt Hamzah
GPK Kokurikulum
En. Muhammad Ezwan b. Tarli
GPK HEM
Pn. Aminah bt Mohd Salikin
Pembantu Tadbir 1
En. Rahmat b. Satiman
Pembantu Tadbir 2
En. Azizan
Pekerja Rendah Am
En. Hadi Munir bin Jainuri
Friday, 20 September 2013
PEPERIKSAAN PSRA TAHUN 6
Semua guru dan warga SRA Integrasi Muhammadiah Pekan Sabak mengucapkan semoga berjaya kepada semua murid tahun 6 yang akan menjalani peperiksaan PSRA (agama ) pada 23 September 2013 hingga 27 September 2013 . Buktikan semua murid tahun 6 boleh mendapat keputusan yang cemerlang. Untuk pengetahuan semua, peperiksaan PSRA melibatkan pangkat yang tertinggi ialah Mumtaz , Jaid Jiddan , Jaid , Maqbul , Rosib dan Dhoif .
Sempena peperiksaan PSRA tersebut , semua murid tahun 1 hingga tahun 5 pulang awal pada pukul 1.00 petang kecuali hari Jumaat pada pukul 12.10 tengahari.
Friday, 13 September 2013
Lawatan Ke Bukit Merah Laketown
Unit Kokurikulum SRA Integrasi Muhammadiah Pekan Sabak, akan mengadakan lawatan sambil belajar ke:
Hari / Tarikh : Jumaat (08 November 2013)
Tempat : Bukit Merah Laketown
Masa : 7.30 pagi
Tempat berkumpul : Kantin sekolah.
Sila dapatkan borang kebenaran lawatan daripada cikgu Roslina bt Mohamed Saif ( tahun 6 ) dan cikgu Azamiah bt Ahmad ( tahun 4 & 6 ) . Tempoh penghantaran surat dilanjutkan lagi sehingga akhir bulan September 2013 . Terima kasih.
Hari / Tarikh : Jumaat (08 November 2013)
Tempat : Bukit Merah Laketown
Masa : 7.30 pagi
Tempat berkumpul : Kantin sekolah.
Sila dapatkan borang kebenaran lawatan daripada cikgu Roslina bt Mohamed Saif ( tahun 6 ) dan cikgu Azamiah bt Ahmad ( tahun 4 & 6 ) . Tempoh penghantaran surat dilanjutkan lagi sehingga akhir bulan September 2013 . Terima kasih.
Sunday, 8 September 2013
PEPERIKSAAN UPSR
Peperiksaan UPSR akan dijalankan pada 10/9/2013 hingga 12/09/2013 ( Selasa-Khamis) untuk murid tahun 6. Oleh itu, murid-murid tahun 1 hingga tahun 5 akan direhatkan dari bersekolah pada hari berkenaan.
Didoakan semoga murid tahun 6 dapat menjawab soalan dengan betul seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.